Monday, June 21, 2010

BaB 3


Selang beberapa hari kemudian, Kamalia pergi melawat abang saudaranya di

 Ukay Perdana. Setelah Kamalia sampai di kawasan

rumah abang saudaranya,Kamalia ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan berada dihadapan rumah abang 
saudaranya. Ketika itu dua lelaki tersebut memakai pakaian serba hitam.. salah seorang daripadanya memakai 

topi.. dan seorang lagi hanya memakai cermin mata hitam yang ketika itu sedang
memerhatikan ke arah rumah abang saudaranya... Waktu itu Kamalia menjadi pelik dan mula tertanya-tanya dalam

hatinya siapakah sebenarnya  dua orang lelaki tersebut...Apabila Kamalia perhatikan mereka berdua Kamalia
mendapati salah seorang daripada mereka seperti penah terjumpa.. tetapi tidak tahu di mana.Oleh

 itu Kamalia mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya di simpang jalan tersebut supaya
dua lelaki itu tidak  perasan akan kehadiranya di situ..

 Setelah beberapa minit Kamalia menunggu di dalam keretanya, Kamalia melihat
dua lelaki tersebut telah meninggalkan kawasan rumah abang saudaranya itu..

 Selepas kedua-dua lelaki tersebut beredar, Kamalia  terus memandu keretanya ke rumah 
abang saudaranya... Sewaktu  Kamalia telah tiba dan memasuki perkarangan rumah abang saudaranya, 

Kamalia mendapati suasana banglo abangnya sunyi sepi....lalu Kamalia keluar daripada keretanya.. dan 
mencari-cari kelibat abangnya.. puas Kamalia mencari tetapi tidak jumpa.. Akhirnya terdetik hati Kamalia 

hendak mencari abangnya di kolam renang kerana hanya disitu saja tempat yang belum Kamalia cari....


Beberapa jam yang lalu... Waktu itu Fauzi tidur lena di dalam kamarnya.. sedang Fauzi di buai mimpi
yang indah tiba-tiba tidurnya di gangu oleh bunyi telefon kesayangannya... lama juga bunyi lagu

cinta terakhir yang dinyayikan oleh Aiman itu. lalu dalam keadaan yang masih mamai Fauzi meraba-
raba telefonnya yang berada di atas meja sambil hatinya merengus marah... " Siapalah yang telefon aku pagi-

pagi buta ini aku nak tidur pun tak senang, kacau betul la..!" hish geram aku!!.... dan apabila telefonnya sudah
berada ditangannya , terus Fauzi menekan butang jawab dan tanpa memberi salam seperti selalu Fauzi terus

memarahi pemanggil itu.. 'Hello! 'Siapa ni ?? "Pagi-pagi buta  dah kacau orang tidur!! " Tahu tak sekarang ni
pukul berapa?? Bertubi-tubi soalan Fauzi lemparkan kepada pemanggil tersebut.... tetapi pemanggil tersebut

hanya mendiamkan diri di talian.. sedang Fauzi dalam keadaan marah-marah... Zulaikha cuba mengumpul
kesabaran dalam hatinya... bertapa terkejutnya Zulaikha apabila di tengking dan di marahi seperti itu. Selama

ini, Dia tidak penah di marahi kalau itu bukan salah dirinya tapi lelaki ini betul-betul melampau dan  menguji
kesabaran dirinya "Hoi !! "pekak ke bisu ni "?? Aku cakap dengan engkaulah... Kalau dah  bisu sangat

asal lah engkau 'call' dan kacau aku pagi-pagi buta ni.. aku nak tidur pun tak senang... Pada saat itu, Zulaikha

terasa ingin menjerit dan memaki hamun sahaja laki tu... tetapi Zulaikha cuba untuk bersabar... Zu sabar Zu.

jangan ikutkan perasaan

marah  tu, nantikan lagi teruk pula jadinya... Akhirnya Zu mengalah dan sebelum sempat mamat gila tu

meletakkan Hpnya

Zu pun bersuara.. " Assalamualaikum." "Encik Fauzi. Saya ni Zulaikha. " Untuk pengetahuan Encik Fauzi ,

sekarang ni

bukan pagi tapi dah nak masuk tengah hari dah.. Dah pukul 11 pagi pun takkanlah Encik Fauzi tak bangun-
bangun lagi... dan "satu lagi ,Encik Fauzi tak solat subuh ke pagi tadi?? ataupun Encik Fauzi cuti "?? Tempelak 

aku .. geram aku pada mamat gila tu tak reda lagi... tetapi aku tak tahu bagaimana riak wajahnya,  apabila akukatakan sebegitu...hah?? aku peduli apa kan yang penting aku dah balas balik adil la tu.. sekarang ni baru

dia tahu 'Siapa sebenarnya aku ni' dia ingat dia seorang je boleh marah aku. aku tak boleh... boleh blah.. perangai
entah apa-apa  ntah benci aku! Sedang aku mengutuknya dalam hati, aku pun baru teringat kenapa aku telefon mamat

gila ni... "Sebelum  saya terlupa, esok Encik Fauzi kena hadiri mesyuarat kat  Wangsa Maju, dalam pukul 9
pagi." Mesyuarat ni penting. Jangan tak datang pula. Ini arahan daripada Tan Sri Omar. Ingat tu jangan lupa.

Dan satu lagi saya nak ingatkan sebelum tidur tu, kuncilah

jam supaya dapat bangun awal esok ..nanti tak adalah  jadi macam hari ni.. tengah hari dikata pagi pelik betul Encik Fauzi ni.Baiklah Encik Fauzi kalau tak ada apa-apa saya letak dulu telefon ini 'Assalamua'alaikum.'  lalu tanpa

menunggu reaksi dari mamat gila tu aku pun terus mematikan Hpku .. Setelah itu, hati aku berasa puas
kerana dapat mengenakan mamat gila tu dan tanpa aku sedari  bibirku mengutum  sebaris senyuman..

Ketika di dalam kamar... Fauzi  seperti cacing kepanasan ... hatinya panas dan memberontak tidak puas hati.. Hpnya yang masih berada ditangannya pun di lemparnya atas katil.. tanda tidak puas hati dengan perkara tadi" kurang 

ajar punya perempuan!!  Ada ke patut dia perli aku?? "Dia ingat, dia siapa nak perli aku macam tu".. Perempuan tak guna!! Engkau!! tunggulah. Tahulah aku nak ajar engkau macam mana nanti... Saat itu, Fauzi  

sudah membuat perhitungan di dalam hatinya. Setelah beberapa minit berlalu Fauzi sudah mula reda sedikit daripada api kemarahannya itu dan  Fauzi mula cuba memikirkan siapa Zulaikha itu..?? Setahu Aku, Aku tiada pekerja yang 

bernama Zulaikha.. siapa Zulaikha ni yer...Fauzi cuba mengingati tapi dalam ingatanya tidak ada tersimpan nama Zulaikha..beberapa minit Fauzi memikirkan tentang 'nama misteri' tu  tiba-tiba Fauzi merasakan kepalanya bertambah serabut.. 

Ahhh!! "Biar sajelah,buat apa aku nak fikirkan pasal budak perempuan tu'?.. Buat aku makin panas jer..Daripada aku serabutkan kepala aku baik aku pergi mandi.. dan qadar balik solat subuh pagi tadi.. "Ini semua gara-gara, 

semalamlah, aku pergi  keluar temankan si budak Hafiz tu, beli barang sampai lewat malam . itu pasal la hari ni aku terbangun lewat.. Kalau Aku tak temankan si budak Hafiz tu, tentu tak jadi macam nikan.. Semuanya dah jadi hura-hara... Dah tu esok pula ada mesyuarat penting dengan Tan Sri.. pening kepala aku ni. Sebaiklah

semua kertas kerja tentang mesyuarat esok aku dah suruh Shila tolong buatkan. kalau tak makin kelam kabutlah aku.. lalu Fauzi pun bangun dan terus pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya... 

Setengah jam kemudian.. Selepas Fauzi  selesai solatnya, Fauzi  keluar daripada biliknya, Dia memanggil -manggil nama Mak Piah tetapi tidak bersahut .. Kemudian Dia memangil pula nama Pak Halim tetapi sama sahaja. tidak 

juga bersahut. Kemudian Fauzi pun mengambil keputusan untuk turun ke bawa. Apabila Fauzi turun ke bawa, Fauzi mendapati suasana dalam rumahnya sunyi sepi. Fauzi menjadi pelik. lalu Fauzi pun pergi ke dapur untuk mencari 

Mak Piah..Sewaktu Fauzi berada di dapur, Fauzi mendapati tiada  sesiapa yang  berada disitu .. Tiba-tiba Fauzi baru teringat, yang Mak Piah ada mengatakan akan pulang ke kampung  selama seminggu bersama Pak Halim  

kerana ada urusan yang perlu di selesaikan disana.  Oleh itu, Fauzi terpaksa tinggal bersama Afiq selama seminggu di banglonya..  Selepas 10 minit berlalu, Fauzi sudah mula kebosanan.. kemudian dia pun membuka  tv 

untuk menonton rancangan apa yang sedang disiarkan di televisyen. Namun apabila Dia  membuka tv tiada satu rancangan pun yang menarik perhatiannya. Kemudian Fauzi bangkit lalu mengambil Mp3 kesayangannya 

itu, dan terus menuju ke kolam renang sambil  berehat, mendengar lagu dalam Mp3 miliknya.






BaB 2

Aku terjaga dari tidur ku... ketika itu, aku merasakan jantungku berdegup dengan kencang. nafas ku tidak 


teratur dan dahi  ku berpeluh-peluh. Aku terkejut dengan apa yang aku lalui tadi.

kemudian apabila aku memandang


sekelilingku rupa-

rupanya aku masih lagi berada dalam bilik tidur ku dan apa yang aku lalui tadi

hanyalah mimpi sahaja. Akan tetapi aku merasakan mimpi itu benar. Seperti aku pernah

mengalami peristiwa itu .

Setelah aku kembali tenang, aku melihat jam di dindigku. Alangkah terkejutnya

aku apabila jam menunjukkan pada pukul 12 tengah hari. Lalu, aku bergegas bangun dari

katil ku dan  terus turun ke bawah untuk mencari adik ku.

Pada waktu itu, Farah sedang menonton tv. Dia ternampak kelibat akaknya turun ke

bawah menuju ke arahnya. Namun Farah tidak mempedulikan akaknya.Dia hanya memandang

akaknya tanpa berkata apa-apa. dan kemudian akaknya pun duduk di samping adiknya dan

memulakan bicara.

"Erm....Farah..akak minta maaf. Akak bangun lewat. Akak bukannya sengaja taknak

temankan. cuma akak letih sedikit. sebab semalam akak banyak kerja nak buat lagipun akak

tidur lewat semalam." 'Maafkan akak yer..Akak janji tak buat lagi lepas ini.'Saat itu

Farah hanya membatukan dirinya.. Farah tidak dapat menerima alasan yang akaknya berikan 

. Bukannya sekali dua akaknya buat seperti ini, tetapi dah banyak kali. Dan hanya

alasan yang sama akak Farah berikan, sampai sudah lali Farah mendengarnya. Kalau ikutkan hati aku

yang geram ini, dah lama dah aku campak akak aku ini dekat parit belakang rumah. Biar

dia rasa sakit macam mana hati aku rasa sakit dengan sikapnya itu ?? gumam aku didalam hati..

Apabila Kamaliah melihat adiknya hanya mendiamkan diri, Kamalia tidak tahu lagi

bagaimana hendak mengambil hati adiknya??Kamalia ketika itu, sudah mati kutu untuk memujuk adiknya...

apabila adiknya tidak memberi reaksi apa-apa  kepadanya, Kamalia pun mengambil keputusan
 
untuk beredar daripada situ.

Sewaktu Kamaliah hendak bangun naik ke atas, tiba-tiba Farah menarik tangan kakaknya.Lalu dia

meminta akaknya,supaya duduk kembali disisinya. Tanpa banyak soal Kamalia duduk

kembali disisi adiknya dan Kamalia menunggu adiknya memulakan bicara. Setelah beberapa minit Kamalia

menunggu, tiba-tiba Kamalia terasa tangannya basah dan apabila Kamalia menoleh ke arah adiknya, Kamalia

mendapati adiknya mula menitiskan air mata.

"Akak.... sampai hati akak tinggalkan adik macam tu saja."Akak ingat adik ini

Apa?? tunggul". Tak ada perasaan.??Kenapa akak tak pernah nak faham adik?? Akak hanya

pentingkan perasaan akak saja!!.. Perasaan adik?, akak tak pernah ambil peduli!!. Adik

cuma harap akak temankan adik saja. Takkan tu pun akak dah bagi bermacam-macam alasan.

Adik dah bosan dengan sikap akak yang mana hanya memikirkan tentang hal akak

sahaja. 'Hal adik akak tak penah nak ambil tahu'. Kalau itu yang akak nak,lepas ini..Akak anggap sajalah 


adik ni dah tiada dan tak

pernah wujud dalam hidup akak.

kemudian Farah pun terus bangun meninggalkan akaknya sendirian diruang tamu dengan

perasaan yang marah. Selepas Farah meninggalkan kakaknya sendirian di ruang tamu,fikiran Kamalia menjadi

bingung dan buntu. Kamalia seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh adiknya.. lalu Kamalia mula 


Menanyakan kepada dirinya  adakah selama ini Dia terlalu mementingkan diri sendiri?? sehinggakan adiknya 


sanggup menuduhnya sedemikian rupa...  Dia pun tidak pasti...


BaB1

Tuk!Tuk!Tuk! Akak!! Akak!! Bangunlah!! Nanti kita lambat... Akak janji nak

temankan adik pergi ke pameran buku. Bangunlah akak. Laung! Farah diluar bilik

akaknya Kamaliah.

Sudah beberapa kali Farah mengetuk pintu akaknya, namun akaknya tidak memberi

reaksi pun.

Saat itu, hati Farah sedih kerana akaknya tidak pernah pedulikan perasaan dia.

walaupun mereka dilahirkan kembar tetapi sikap mereka terlalu berbeza. Farah dia

seorang yang ceria dan akaknya seorang perahsia dan kadang kala akaknya berkelakuan

pelik. Itulah sebab adiknya tidak dapat memahami segala tindak tanduk kakaknya.

Sedang Farah mengelamun sendirian diluar bilik akaknya, telah berlaku sesuatu

di dalam bilik Kamaliah. Ketika itu, kamaliah mengalami suatu mimpi yang pelik.Dimana

dia mendapati dirinya berada di sebuah banglo dan banglo tersebut terletak di tepi

tasik.
Selepas dia mengelilingi kawasan banglo tersebut, dia ternampak dua kanak-

kanak sedang bermain bersama ayah dan ibunya. Suasana ketika itu penuh dengan gelak

tawa dan sesiapa yang melihatnya pasti akan tersenyum.

Sedang asyik kamalia memerhati mereka,  tiba-tiba suasana di sekeliling kamalia  berubah

menjadi gelap. gelak tawa mereka hilang. Dan kini yang berada dihadapan kamalia adalah

dua mayat yang dipenuhi dengan darah. Mayat tersebut amat mengerikan. Yang mana mayat

tersebut tidak mempunyai kaki dan tangan. Badannya pula dibelah dua dan isi perutnya

dikeluarkan. Apabila kamalia melihat keadaan tersebut, tiba-tiba Kamalia mengigil ketakutan dan kakinya pula

menjadi lemah lalu kamalia pun jatuh  tidak sedarkan diri.

PrOlOg

Suatu ketika dahulu ada sebuah banglo yang terletak ditepi tasik.Dalam banglo

itu tinggal sepasangan suami isteri. Mereka hidup dengan aman dan bahagia. Selepas

beberapa tahun mereka hidup bersama, mereka telah dikurniakan sepasang anak kembar

perempuan yang amat comel.

Anak itu diberi nama sebagai Kamalia Liyana dan Farah Liyana. Sejak adanya anak

itu hidup mereka telah lengkap dan mereka bertambah bahagia. Tetapi ketika anak

kembar mereka mencecah umur 5 tahun, telah belaku suatu peristiwa yang malang

terhadap keluarga Encik Hafiz. Encik Hafiz dan Isterinya Nafiza telah di bunuh dengan

kejam sekali.

Mayat mereka telah dipotong dan kemudiannya dicampakkan ke dalam tasik

berdekatan rumah mereka. Setelah itu, kes ini disiasat dan didapati kes ini adalah

kes pembunuhan misteri, kerana pihak polis tidak menjumpai bukti dan alat pembunuhan

tersebut.

oleh disebabkan tidak mencukupi bukti, kes tersebut ditutup dan tiada siapa

yang tahu dalang dalam kes pembunuhan kejam tersebut.. tetapi sebenarnya disebalik

kejadian misteri itu, ada suatu kebenaran yang tidak siapa yang dapat jangka

kebenaran yang amat menyakitkan dan ia perlu di bayar dengan darah.....