Monday, June 21, 2010

BaB 3


Selang beberapa hari kemudian, Kamalia pergi melawat abang saudaranya di

 Ukay Perdana. Setelah Kamalia sampai di kawasan

rumah abang saudaranya,Kamalia ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan berada dihadapan rumah abang 
saudaranya. Ketika itu dua lelaki tersebut memakai pakaian serba hitam.. salah seorang daripadanya memakai 

topi.. dan seorang lagi hanya memakai cermin mata hitam yang ketika itu sedang
memerhatikan ke arah rumah abang saudaranya... Waktu itu Kamalia menjadi pelik dan mula tertanya-tanya dalam

hatinya siapakah sebenarnya  dua orang lelaki tersebut...Apabila Kamalia perhatikan mereka berdua Kamalia
mendapati salah seorang daripada mereka seperti penah terjumpa.. tetapi tidak tahu di mana.Oleh

 itu Kamalia mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya di simpang jalan tersebut supaya
dua lelaki itu tidak  perasan akan kehadiranya di situ..

 Setelah beberapa minit Kamalia menunggu di dalam keretanya, Kamalia melihat
dua lelaki tersebut telah meninggalkan kawasan rumah abang saudaranya itu..

 Selepas kedua-dua lelaki tersebut beredar, Kamalia  terus memandu keretanya ke rumah 
abang saudaranya... Sewaktu  Kamalia telah tiba dan memasuki perkarangan rumah abang saudaranya, 

Kamalia mendapati suasana banglo abangnya sunyi sepi....lalu Kamalia keluar daripada keretanya.. dan 
mencari-cari kelibat abangnya.. puas Kamalia mencari tetapi tidak jumpa.. Akhirnya terdetik hati Kamalia 

hendak mencari abangnya di kolam renang kerana hanya disitu saja tempat yang belum Kamalia cari....


Beberapa jam yang lalu... Waktu itu Fauzi tidur lena di dalam kamarnya.. sedang Fauzi di buai mimpi
yang indah tiba-tiba tidurnya di gangu oleh bunyi telefon kesayangannya... lama juga bunyi lagu

cinta terakhir yang dinyayikan oleh Aiman itu. lalu dalam keadaan yang masih mamai Fauzi meraba-
raba telefonnya yang berada di atas meja sambil hatinya merengus marah... " Siapalah yang telefon aku pagi-

pagi buta ini aku nak tidur pun tak senang, kacau betul la..!" hish geram aku!!.... dan apabila telefonnya sudah
berada ditangannya , terus Fauzi menekan butang jawab dan tanpa memberi salam seperti selalu Fauzi terus

memarahi pemanggil itu.. 'Hello! 'Siapa ni ?? "Pagi-pagi buta  dah kacau orang tidur!! " Tahu tak sekarang ni
pukul berapa?? Bertubi-tubi soalan Fauzi lemparkan kepada pemanggil tersebut.... tetapi pemanggil tersebut

hanya mendiamkan diri di talian.. sedang Fauzi dalam keadaan marah-marah... Zulaikha cuba mengumpul
kesabaran dalam hatinya... bertapa terkejutnya Zulaikha apabila di tengking dan di marahi seperti itu. Selama

ini, Dia tidak penah di marahi kalau itu bukan salah dirinya tapi lelaki ini betul-betul melampau dan  menguji
kesabaran dirinya "Hoi !! "pekak ke bisu ni "?? Aku cakap dengan engkaulah... Kalau dah  bisu sangat

asal lah engkau 'call' dan kacau aku pagi-pagi buta ni.. aku nak tidur pun tak senang... Pada saat itu, Zulaikha

terasa ingin menjerit dan memaki hamun sahaja laki tu... tetapi Zulaikha cuba untuk bersabar... Zu sabar Zu.

jangan ikutkan perasaan

marah  tu, nantikan lagi teruk pula jadinya... Akhirnya Zu mengalah dan sebelum sempat mamat gila tu

meletakkan Hpnya

Zu pun bersuara.. " Assalamualaikum." "Encik Fauzi. Saya ni Zulaikha. " Untuk pengetahuan Encik Fauzi ,

sekarang ni

bukan pagi tapi dah nak masuk tengah hari dah.. Dah pukul 11 pagi pun takkanlah Encik Fauzi tak bangun-
bangun lagi... dan "satu lagi ,Encik Fauzi tak solat subuh ke pagi tadi?? ataupun Encik Fauzi cuti "?? Tempelak 

aku .. geram aku pada mamat gila tu tak reda lagi... tetapi aku tak tahu bagaimana riak wajahnya,  apabila akukatakan sebegitu...hah?? aku peduli apa kan yang penting aku dah balas balik adil la tu.. sekarang ni baru

dia tahu 'Siapa sebenarnya aku ni' dia ingat dia seorang je boleh marah aku. aku tak boleh... boleh blah.. perangai
entah apa-apa  ntah benci aku! Sedang aku mengutuknya dalam hati, aku pun baru teringat kenapa aku telefon mamat

gila ni... "Sebelum  saya terlupa, esok Encik Fauzi kena hadiri mesyuarat kat  Wangsa Maju, dalam pukul 9
pagi." Mesyuarat ni penting. Jangan tak datang pula. Ini arahan daripada Tan Sri Omar. Ingat tu jangan lupa.

Dan satu lagi saya nak ingatkan sebelum tidur tu, kuncilah

jam supaya dapat bangun awal esok ..nanti tak adalah  jadi macam hari ni.. tengah hari dikata pagi pelik betul Encik Fauzi ni.Baiklah Encik Fauzi kalau tak ada apa-apa saya letak dulu telefon ini 'Assalamua'alaikum.'  lalu tanpa

menunggu reaksi dari mamat gila tu aku pun terus mematikan Hpku .. Setelah itu, hati aku berasa puas
kerana dapat mengenakan mamat gila tu dan tanpa aku sedari  bibirku mengutum  sebaris senyuman..

Ketika di dalam kamar... Fauzi  seperti cacing kepanasan ... hatinya panas dan memberontak tidak puas hati.. Hpnya yang masih berada ditangannya pun di lemparnya atas katil.. tanda tidak puas hati dengan perkara tadi" kurang 

ajar punya perempuan!!  Ada ke patut dia perli aku?? "Dia ingat, dia siapa nak perli aku macam tu".. Perempuan tak guna!! Engkau!! tunggulah. Tahulah aku nak ajar engkau macam mana nanti... Saat itu, Fauzi  

sudah membuat perhitungan di dalam hatinya. Setelah beberapa minit berlalu Fauzi sudah mula reda sedikit daripada api kemarahannya itu dan  Fauzi mula cuba memikirkan siapa Zulaikha itu..?? Setahu Aku, Aku tiada pekerja yang 

bernama Zulaikha.. siapa Zulaikha ni yer...Fauzi cuba mengingati tapi dalam ingatanya tidak ada tersimpan nama Zulaikha..beberapa minit Fauzi memikirkan tentang 'nama misteri' tu  tiba-tiba Fauzi merasakan kepalanya bertambah serabut.. 

Ahhh!! "Biar sajelah,buat apa aku nak fikirkan pasal budak perempuan tu'?.. Buat aku makin panas jer..Daripada aku serabutkan kepala aku baik aku pergi mandi.. dan qadar balik solat subuh pagi tadi.. "Ini semua gara-gara, 

semalamlah, aku pergi  keluar temankan si budak Hafiz tu, beli barang sampai lewat malam . itu pasal la hari ni aku terbangun lewat.. Kalau Aku tak temankan si budak Hafiz tu, tentu tak jadi macam nikan.. Semuanya dah jadi hura-hara... Dah tu esok pula ada mesyuarat penting dengan Tan Sri.. pening kepala aku ni. Sebaiklah

semua kertas kerja tentang mesyuarat esok aku dah suruh Shila tolong buatkan. kalau tak makin kelam kabutlah aku.. lalu Fauzi pun bangun dan terus pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya... 

Setengah jam kemudian.. Selepas Fauzi  selesai solatnya, Fauzi  keluar daripada biliknya, Dia memanggil -manggil nama Mak Piah tetapi tidak bersahut .. Kemudian Dia memangil pula nama Pak Halim tetapi sama sahaja. tidak 

juga bersahut. Kemudian Fauzi pun mengambil keputusan untuk turun ke bawa. Apabila Fauzi turun ke bawa, Fauzi mendapati suasana dalam rumahnya sunyi sepi. Fauzi menjadi pelik. lalu Fauzi pun pergi ke dapur untuk mencari 

Mak Piah..Sewaktu Fauzi berada di dapur, Fauzi mendapati tiada  sesiapa yang  berada disitu .. Tiba-tiba Fauzi baru teringat, yang Mak Piah ada mengatakan akan pulang ke kampung  selama seminggu bersama Pak Halim  

kerana ada urusan yang perlu di selesaikan disana.  Oleh itu, Fauzi terpaksa tinggal bersama Afiq selama seminggu di banglonya..  Selepas 10 minit berlalu, Fauzi sudah mula kebosanan.. kemudian dia pun membuka  tv 

untuk menonton rancangan apa yang sedang disiarkan di televisyen. Namun apabila Dia  membuka tv tiada satu rancangan pun yang menarik perhatiannya. Kemudian Fauzi bangkit lalu mengambil Mp3 kesayangannya 

itu, dan terus menuju ke kolam renang sambil  berehat, mendengar lagu dalam Mp3 miliknya.






No comments: