Monday, June 21, 2010

BaB1

Tuk!Tuk!Tuk! Akak!! Akak!! Bangunlah!! Nanti kita lambat... Akak janji nak

temankan adik pergi ke pameran buku. Bangunlah akak. Laung! Farah diluar bilik

akaknya Kamaliah.

Sudah beberapa kali Farah mengetuk pintu akaknya, namun akaknya tidak memberi

reaksi pun.

Saat itu, hati Farah sedih kerana akaknya tidak pernah pedulikan perasaan dia.

walaupun mereka dilahirkan kembar tetapi sikap mereka terlalu berbeza. Farah dia

seorang yang ceria dan akaknya seorang perahsia dan kadang kala akaknya berkelakuan

pelik. Itulah sebab adiknya tidak dapat memahami segala tindak tanduk kakaknya.

Sedang Farah mengelamun sendirian diluar bilik akaknya, telah berlaku sesuatu

di dalam bilik Kamaliah. Ketika itu, kamaliah mengalami suatu mimpi yang pelik.Dimana

dia mendapati dirinya berada di sebuah banglo dan banglo tersebut terletak di tepi

tasik.
Selepas dia mengelilingi kawasan banglo tersebut, dia ternampak dua kanak-

kanak sedang bermain bersama ayah dan ibunya. Suasana ketika itu penuh dengan gelak

tawa dan sesiapa yang melihatnya pasti akan tersenyum.

Sedang asyik kamalia memerhati mereka,  tiba-tiba suasana di sekeliling kamalia  berubah

menjadi gelap. gelak tawa mereka hilang. Dan kini yang berada dihadapan kamalia adalah

dua mayat yang dipenuhi dengan darah. Mayat tersebut amat mengerikan. Yang mana mayat

tersebut tidak mempunyai kaki dan tangan. Badannya pula dibelah dua dan isi perutnya

dikeluarkan. Apabila kamalia melihat keadaan tersebut, tiba-tiba Kamalia mengigil ketakutan dan kakinya pula

menjadi lemah lalu kamalia pun jatuh  tidak sedarkan diri.

No comments: