Monday, June 21, 2010

PrOlOg

Suatu ketika dahulu ada sebuah banglo yang terletak ditepi tasik.Dalam banglo

itu tinggal sepasangan suami isteri. Mereka hidup dengan aman dan bahagia. Selepas

beberapa tahun mereka hidup bersama, mereka telah dikurniakan sepasang anak kembar

perempuan yang amat comel.

Anak itu diberi nama sebagai Kamalia Liyana dan Farah Liyana. Sejak adanya anak

itu hidup mereka telah lengkap dan mereka bertambah bahagia. Tetapi ketika anak

kembar mereka mencecah umur 5 tahun, telah belaku suatu peristiwa yang malang

terhadap keluarga Encik Hafiz. Encik Hafiz dan Isterinya Nafiza telah di bunuh dengan

kejam sekali.

Mayat mereka telah dipotong dan kemudiannya dicampakkan ke dalam tasik

berdekatan rumah mereka. Setelah itu, kes ini disiasat dan didapati kes ini adalah

kes pembunuhan misteri, kerana pihak polis tidak menjumpai bukti dan alat pembunuhan

tersebut.

oleh disebabkan tidak mencukupi bukti, kes tersebut ditutup dan tiada siapa

yang tahu dalang dalam kes pembunuhan kejam tersebut.. tetapi sebenarnya disebalik

kejadian misteri itu, ada suatu kebenaran yang tidak siapa yang dapat jangka

kebenaran yang amat menyakitkan dan ia perlu di bayar dengan darah.....

No comments: